Wednesday 11 April 2012

   PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
   (  TINGKATAN 1  )
 TEMA : 4 ( WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA )
UNIT 6 : CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM

PENGENALAN: 
Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata Dalam  rancangan pengajaran tahunan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 1,  terdapat 5 kategori cerita yang menjadi sukatan bagi tema Cerita Rakyat Pelbagai Kaum iaitu: 




Memandangkan waktu pengajaran dan pembelajaran yang diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi matapelajaran ini hanya 2 waktu dalam seminggu, maka sesi pembelajarannya perlu dilaksanakan dalam masa 10 minggu. 


OBJEKTIF UMUM

Antara objektif umum yang perlu dicapai hasil daripada pembelajaran tema ini ialah :
i)   pelajar dapat menerangkan ciri-ciri cerita rakyat pelbagai kaum
ii)  pelajar dapat mencontohi pengajaran daripada cerita rakyat 
iii) pelajar dapat berbangga dengan cerita rakyat warisan budaya Malaysia


HASIL PEMBELAJARAN:

(A) PELBAGAI CERITA RAKYAT 

i)         Mengenalpasti pengajaran yang terdapat dalam cerita rakyat
ii)        Melakonkan certa rakyat pelbagai kaum
iii)       Mengapresiasi cerita daripada pelbagai kaum

(B)  CERITA RAKYAT WARISAN BUDAYA
i)             Menerangkan usaha-usaha yang dilakukan untyuk meningkatkan
           kesedaran tentang pentingnya cerita rakyat. 
ii)                 Melibatkan diri dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang pentingnya
           cerita rakyat.
iii)        Menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
           meningkatkan kesedaran tentang pentingnya cerita rakyat.

(C)  KOLEKSI CERITA RAKYAT KITA
i)                    Mengenalpasti pelbagai jenis cerita rakyat
ii)                   Menghasilkan himpunan cerita rakyat secara kreatif
iii)                 Menunjukkan perasaan bangga dengan cerita rakyat.

(D)  SANG KANCIL MENJADI HAKIM
i)                    Menyenaraikan pengajaran dalam cerita ‘Sang Kancil Menjadi Hakim’
ii)                   Menceritakan pengajaran yang terkandung dalam cerita rakyat
iii)                 Menghargai pengajaran yang terkandung dalam cerita rakyat

(E)  MARI BERCERITA  
i)                    Mengenalpasti cerita rakyat Malaysia
ii)                   Menceritakan sebuah cerita rakyat Malaysia
iii)                 Berbangga dengan cerita rakyat pelbagai kaum