NOTA


1)  NOTA
Cerita rakyat adalah hasil sastera rakyat yang menjadi kebanggaan masyarakat di negara ini.Berikut merupakan antara ciri-ciri sesuatu cerita rakyat:
a) cerita yang berdasarkan kehidupan masyarakat setempat.
b) biasanya diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut.
c) selalunya mempamerkan kesenian dan kebudayaan sesuatu masyar
d) penekanan selalunya diberikan pada nilai-nilai murni dan pengajaran yang
    terkandung dalam cerita tersebut.
e) pada waktu dahulu, kisah-kisah ini diceritakan pada masa terluang contohnya pada
    waktu malam setelah penat bekerja pada waktu siang.
f) disampaikan oleh penglipurlara. Lebih menarik lagi si penglipurlara ini akan
    menyanyi dan bermain muzik ketika bercerita.

2)  FAEDAH MENGHAYATI CERITA RAKYAT
a)  Mengetahui cerita rakyat pelbagai kaum
b) Memahami budaya masyarakat zaman dahulu
c)  Memberikan hiburan kepada pendengar
d)  Dapat mengambil iktibar dan pengajran daripada cerita tersebut
e)  Dapat mengekalkan warisan budaya bangsa Malaysia


3)  TERDAPAT BEBERAPA JENIS CERITA RAKYAT. ANTARANYA :-
a)  Cerita asal usul
b)  Cerita jenaka
c)  Cerita Legenda
d)  Cerita Kepahlawanan
e)  Cerita Binatang
f)   Cerita Mitos

4)  CARA UNTUK MENGEKALKAN CERTA RAKYAT
a)  Diterbitkan dalam bentuk buku atau video supaya dapat  dibaca dan ditonton
     oleh generasi seterusnya
b)  Menggalakkan pelajar membaca dan mengetahui cerita-cerita ini
c)  Menyampaikan cerita atau kisah-kisah rakyat kepada pelajar secara lisan
d)  Mengadakan pertandingan bercerita tentang ceria rakyat
e)  Mengadakan sudut cerita di dalam kelas


UJI MINDA SEJENAK......
1. NYATAKAN CARA CERITA RAKYAT DISAMPAIKAN
2. APAKAH TUJUAN CERITA RAKYAT DISAMPAIKAN?
3. BAGAIMANAKAH GENERASI SEKARANG DAPAT MENGHARGAI CERITA RAKYAT
    SEBAGAI WARISAN BUDAYA MALAYSIA?




UNIT 6: CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM

Aktiviti 6A
Pelbagai Cerita Rakyat

Aktiviti 6B
Cerita rakyat Warisan Budaya

Aktiviti 6C
Koleksi Cerita rakyat Kita

Aktiviti 6D
Sang Kancil Menjadi Hakim

Aktiviti 6E
Mari Bercerita



Koleksi cerita rakyat boleh dihasilkan dengan mengikuti panduan yang berikut.

a. Mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan untuk mencari cerita rakyat pelbagai kaum.
b. Menulis cerita rakyat yang telah dikumpulkan.mencatatkan nilai atau                                                              
    pengajaran bagi setiap cerita rakyat yang ditulis.
c. Mencatatkan kad manila dan kertas warna untuk kulit buku koleksi.
d. Menuliskan tajuk dan melukiskan gambar yang sesuai untuk muka hadapan kulit buku
f. Membukukan cerita rakyat anda dan menghias mengikut kreativiti.

2 comments:

  1. x der cerita penuh sang kancil menjadi hakim ker..??
    kalo x der malas la..nak buat keje skolah..

    ReplyDelete
  2. apa jawapan tujuan cerita rakyat disampaikan?

    ReplyDelete